Majlis Memperingati 27 Syuhada
Masih ingatkah kita ?
Peristiwa kebakaran yang pernah menggemparkan negara kita pada suatu ketika dulu, tragedi yang meragut nyawa 27 orang pelajar puteri di Sek. Men (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah. Kebakaran yang berlaku pada malam 22 September 1989 ini mungkin ada di antara kita yang masih ingat dan ada juga yang masih belum lahir lagi ke dunia ini.
Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan
Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa
Peristiwa yang kini hanya tinggal memori di hati ibubapa yang kehilangan puteri mereka, teman yang kehilangan kawan mereka serta guru-guru yang kehilangan anak murid tercinta mereka masih lagi termimpi-mimpi suara manja mereka ketika bergurau senda juga ketika mana suara mereka merintih meminta pertolongan di dalam jilatan api yang mengganas membakar tubuh mereka.
Suasana di tapak kebakaran
Suasana pilu di tapak kebakaran
Ya ALLAH bagaimanakah keadaan mereka ketika itu, hanya ALLAH sahaja yang mengetahui keadaan dan kepedihan yang mereka alami. Namun bagaimanakah mereka kini, mungkin sedang menikmati istirehat yang aman dan damai di perhentian barzakh Insyaallah.
Maksud sabda Nabi S.A.W :
Kubur itu boleh sahaja menjadi salah satu dari taman-taman syurga atau salah satu dari lubang-lubang neraka.
Serpihan anggota badan mangsa...ALLAHUAKBAR
Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR
Oleh itu pihak pentadbiran sekolah dengan kerjasama barisan ALUMNI telah merancang satu majlis untuk memperingati peristiwa besar ini sekaligus menceritakan kembali kepada masyarakt keadaan yang berlaku pada ketika itu semoga ianya menjadi ikhtibar buat kita semua.
Maksud sabda Nabi S.A.W :Barangsiapa yang keluar untuk mempelajari ilmu ALLAH ( terutama mengenai syariatnya) maka dia berada di atas jalan ALLAH sehingga dia pulang.
Ayuh bersama kita menghadirkan diri ke ''MAJLIS MEMPERINGATI TRAGEDI KEBAKARAN PONDOK PAKYA 22 SEPT. 1989
Pada : 22 Sept. 2011 ( Khamis )
Tempat : Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah Al-Halimiah
Acara :
08.00 Pagi : Pameran
- Tragedi kebakaran Pondok Pak Ya 22 September 1989
- Bomba
- Tentera
- Bulan Sabit Merah
- Pameran IPT
03.30 Petang : Konvoi ALUMNI ke makam syuhada ( Muslimin )
- Tahlil ringkas di tanah perkuburan ( Muslimin )
- Tayangan , persembahan pentoman, sajak, nasyid
- Ceramah pengisahan semula peristiwa
- Ceramah pengisahan semula peristiwa
4.30 Petang : Bertolak ke Masjid Batu 16 untuk solat Asar
5.30 Petang : Hi-tea bersama Mat Sabu ( berkupon, RM 10 )
7.30 Malam : Solat Maghrib
- Bacaan Tahlil Perdana & Tazkirah - Ustaz Ahmad Abdullah
- Solat I'sya
9.00 Malam : Tayangan
- Persembahan Sajak & Nasyid sekolah
- Ceramah Perdana
Keterangan lanjut hubungi :
- Ust. Nizam ( 019 5586401 )
- Muhammad Fikri ( 013 5893046 )
00:22 | Filed under feature, program | Selanjutnya »
Rumah Terbuka MB Ahad ini
ALOR SETAR - Jamuan Rakyat sempena sambutan Aidilfitri akan diadakan pada Ahad, 4 September ini di pekarangan Seri Mentaloon untuk meraikan rakyat Kedah dalam majlis Rumah Terbuka Menteri Besar.
Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak (gambar) berkata, acara tahunan itu dijangka dihadiri lebih 30,000 orang, termasuk Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.
“Orang ramai dijemput hadir untuk menikmati juadah yang disediakan bermula 12 tengah hari hingga 5 petang. Antara menu istimewa yang dihidangkan termasuk sate, nasi dagang, laksa dan banyak lagi,” katanya.
Menurutnya, pada 3 September pula, diadakan Rumah Terbuka Pas Kawasan Jerai di pejabat Pas Jerai, Sungai Limau bermula 12 tengah hari hingga 4 petang.
Ditanya mengenai sambutan Raya kali ini, Azizan berkata, beliau bersyukur dapat beraya bersama anak-anak sekeluarga di rumah mereka, walaupun sejak kebelakangan ini, dirinya asyik berulang alik ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.
“Alhamdulillah saya sihat menyambut raya tahun ini. Dapat juga menjamah ketupat dan lemang bersama keluarga dan saya juga rasa semakin sihat,” katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Rumah Terbuka, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, setiap tahun majlis rumah terbuka di Seri Mentaloon mendapat sambutan amat menggalakkan, dan orang ramai sudah mula menunggu di hadapan pagar sejak 11 pagi.
“Saya harap majlis meriah seperti tahun-tahun sebelumnya, makanan yang disediakan juga mencukupi dan pihak pengurusan akan memastikan kesemua persediaan berjalan lancar,” katanya.
Ir Amiruddin turut menjemput orang ramai memeriahkan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjurannya, hari ini di Kampung Tradisional, Gunung Keriang bermula 2 petang.

06:09 | Filed under program | Selanjutnya »